Tempat Makan Best Di Shah Alam : Port Bujang di Junction @ 11

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Hari ni share port baik untuk makan dan sembang di Shah Alam. Actually, kitorang selalu jugak turun Shah Alam, tapi tak tahu nak makan dekat mana. Alih alih makan dekat Kajang jugak. Tapi kali ni dah tau tempat makanan sedap di Shah Alam, so ape lagi.. Kena serbu la.. hihi.

Banyak tak kami makan? ahaha

Lokasi yang kami maksudkan ialah di Port Bujang di Junction @ 11 Shah Alam. Seksyen berapa tak pasti tapi nanti korang just waze jer alamat. Nanti hujung hujung cerita zati bagitau alamat ea.. Kita cerita pasal makanan dulu. hihi.



Actually tempat ni macam foodcourt taw. Ada banyak kedai makan. So, kalau korang nak cuba makanan western yang murah di Shah Alam, korang boleh cuba di Port Bujang. Bagi zati harga dia murah berbanding tempat lain, dan rasa makanan dia sedap. Tak percaya? Pergi cuba.. huhu. No wonder penuh dekat situ, boleh dikatakan ianya harga student..


Asyik cerita jer nih, bila nak fokus gambar makanan. huhu. Korang jangan pelik taw dekat gambar ini ada watermark blog orang lain sebab tuan punya badan tu laki zati. Dia lupa bagi gambar. Sedar sedar jer dah edit. Gambar asal dia pergi buang. Sabar jerla.. hihi.

Ayam Grill : RM 11

Kambing Grill : RM 15

Bagi yang rasa macam nak berat sikit. Korang boleh order yang ada nasi. Mana tau haritu berpuasa kan. Nak makan lebih.. hihi. Kalau macam Zati, yang nasi ni lebih prefer untuk anak sebab dia kurang sikit makan western nih, so kenyang la sikit si Jasmeen tu makan nasi. Tapi kuah lada hitam tu tak la pedas mana, boleh makan lagi untuk kanak kanak.

Ayam Grill + Nasi Goreng :  RM 13

Tapi kalau korang jenis nak merasa semua makanan, Zati suggest ambil yang campuran grill. Atleast boleh rasa dalam satu pinggan. Lepas tu kalau nak yang simple jer, boleh order menu Bujang. Haa, yang ni dia ada fries, wedges, nugget dan mayonis semua tu. Budak budak pon boleh makan jugak.

Campuran Grill + Nasi Goreng : RM 20

Bujang : RM 7

Nak lagi menu simple tapi kenyang? Korang boleh order set nih. Daging kaw ataupon cendawan. Pilihan zati adalah cendawan. Kiranya ni best seller diorang la. Dua dua menu ni RM 8.



Amacam? Okay tak? agak agak nak try tak menu dekat Port Bujang di Junction @11 Shah Alam nih? Mesti korang pelik kan kenapa tak ada air..hihi.. Air boleh order dekat kedai lain. Tapi ada air best dekat situ. Air jus mangga. Rasanya orang panggil extra Joss kot. Tak ingat dah. Yang pasti rasa mangga tu pekat, ada buah mangga dan sedikit air soda. Bandung cincau pon sama dia ada soda.


Kalau korang nak cuba menu lain selain western, ada jugak di Junction @11 Shah Alam ni. Boleh cuba set ikan pari asam pedas ataupon asam pedas tetel. Orang melaka suka la nih dapat makan asam pedas. huhu. Menu lain pulak ada daging salai masak lemak cili api. Suami cakap pedas jugak. Zati rasa biasa jer sebab kaki pedas.. huhu. Nak tengok gambar menu nih, korang boleh klik nih fadzirazak punya blog 


Yang ni rare sikit. Satay makan dengan kuah kicap. Nama dia satay Madura. Owner berasal dari Indonesia, so dia ketengahkan menu di sana la. Rasa agak unik sebab makan dengan kuah kicap. So, korang boleh cuba.


Haa. ni view dari luar. Nanti masuk sini order makanan dekat Port Bujang yer. Alamat dekat bawah ni

Junction @11
Jalan Wau, 11/1 Seksyen 11,40100 Shah Alam Selangor



SELAMAT MENJAMU SELERA SEMUA






Deodoran Protect & Care NIVEA Membantu Masalah Kulit Bawah Lengan

Assalam. Bismillah..

Hai semua.. Jangan biarkan masalah kulit di bawah lengan menganggu hari hari anda. Ermm, dah macam iklan kan tapi sebenarnya inilah yang menganggu perasaan orang di luar sana tidak kira wanita ataupon lelaki. Ramai yang aktif bekerja seharian, so penjagaan bawah lengan memerlukan perhatian yang lebih.

NIVEA

Pelbagai cara untuk membuang bulu di bawah lengan. Ada yang mencukur dan ada juga yang mencabut. Sebenarnya pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan menjadi punca masalah pada kulit bawah lengan. Jadi, cara yang bagus untuk mengatasi masalah ini adalah dengan penggunaan NIVEA Protect & Care.


Nama Nivea tidak asing lagi di kalangan masayarakat kita. Pelbagai jenis produk Nivea sudah berada di pasaran tetapi hari ni Zati nak fokus kepada Deodoran Nivea Protect & Care. Ianya diperkayakan dengan esen NIVEA cream, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendIri dan haruman yang lembut. Deodoran Nivea Protect & Care juga memberikan kesegaran 48 jam dan menjadikan kulit bawah lengan lembut dan licin.

Untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kulit bawah lengan Deodoran Nivea Protect & Care menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 October 2017 ( Ahad). Acara larian sejauh 5km ini akan berlangsung di Presint 6 Putrajaya. Bukan larian sahaja, malah pelbagai aktivi menarik disediakan seperti kesedaran penjagaan kulit bawah lengan dan cabutan bertuah. Para peserta juga akan memiliki pek hadiah ekslusif daripada NIVEA Protect & Care.


Untuk pengetahuan semua juga, sebahagian daripada yuran penyertaan Nivea Care Run ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia ( PENYAYANG). Acara ini juga disertai oleh artis Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie.

Jom semua daftarkan diri di  Nivea Care Run di www.niveacarerun.com.my . Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 65 dan setiap seorang peserta akan memiliki kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM 100. 


Seperti biasa, kalau korang nak dapatkan produk NIVEA nih, korang boleh dapati di semua kedai dan pasar raya hiper seluruh negara. Deodorant Protect & Care roll on 50 ml dan Deodoran NIVEA Protect Protect & Care Spray 150 ml dijual pada harga RM 17.50 dan RM 11.30.

Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook NIVEA www.facebook.com.mynivea.


Jom semua berlari sambil beramal di NIVEA Care Run Putrajaya pada  29 October 2017.

Cara Mudah Untuk Putihkan Kulit Wajah Dengan Elisha Malaysia

Assalam. Bismillah.
Hai semua.. Hari ni mood rajin sikit nak bagitau cara mudah untuk putihkan kulit wajah. Yer. Zati tau orang zaman sekarang banyak yang nak cerahkan kulit kan? So, hari ni nak share tentang produk yang membantu untuk mendapatkan kulit cerah.



Produk yang zati maksudkan adalah  Elisha Gluta Vita C Plus Collagen. Mudah je nak makan  Elisha Gluta Vita C Plus Collagen ni, just ambil dan isap. Macam gula gula rasa dia. Masam manis tapi tak ketara sangat la. Just nice. Paling penting, makan produk apa sekalipon, air masak mesti minum secukupnya. Barulah kita dapat tengok perubannya.

Mula mula Zati nampak produk ni kan, teruja terus sebab nampak perkataan Gluta. Apa yang zati tau, kalau Gluta ni memang fungsi dia membantu untuk mencerahkan wajah. Harap lepas ni tona kulit tangan nih sama la dengan kulit muka. Hihi.. Tak adalah ketara sangat tapi sebagai perempuan, mesti nak yang sempurna.. hihi.. Alaa.melawa untuk suami tak per.


Untuk pengetahuan korang, kandungan Elisha Gluta Vita C Plus Collagen ini ialah 

Glutahione
Vitamin A
Vitamin B
Vitamin C 
Vitamin D
Vitamin E 
Vitamin K
Mirifica
Protein Ikan Talapia
Acai berry
Roselle

Haa.. tengok tu.. betapa banyak nye vitamin yang diorang ni letak dalam  Elisha Gluta Vita C Plus Collagen. Harusla putih lepas ni taw. Nanti kalau suami puji korang makin cerah, just senyum jerla, tapi dalam hati, tq  Elisha Gluta Vita C Plus Collagen. huhu. Siapa ada kulit wajah tak sekata, boleh la cuba. Lepas ni Insyaa Allah tona muka sekata dan kulit akan menjadi cerah. Kalau muka berjerawat may be ambil masa sikit kot. Unless, sambil makan supplement, korang buat diet seimbang, buat rawatan muka mungkin proses nak cantik tu cepat sikit. hihi.


Dengan keadaan wanita yang bekerja daripada rumah sampai la office, then dari office sambung lagi kerja dekat rumah, zati faham macam mana keadaan tu. Busy memanjang sampai nak melawa pon tak sempat. So, dengan mengamalkan supllement daripada Elisha Gluta Vita C Plus Collagen sangatla membantu.. Yerla, tak perlu bancuh, tak payah sukat. Ambil je terus masuk mulut. Sedap pon sedap. Tapi jangan makan depan anak, nanti kang dia nak makan jugak.. huhu.


Okay la.. Ni salah satu cara nak putihkan wajah yang zati dapat kongsikan dengan korang semua. Nanti kalau ada cara lain, Zati share lagi yer. hihi. Details tentang produk ni boleh tengok kat bawah ni.

No KKM ( MAL 20172692 NC)

Contact Number : 018 911 1272 / 018 909 2826


Disclaimer : Setiap orang berbeza keputusannya. Ada yang cepat ada yang lambat mengikut tubuh badan masing-masing. Jika ada sebarang masalah sila merujuk kepada doktor, hentikan pengambilan dan rujuk balik kepada penjual. Jika tiada apa apa kesan boleh teruskan pengambilan ERC.

Stunning By Enchanteur Menyerlahkan Kesempurnaan

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Lama zati tak update entry. Sekarang ni free sikit. So, harini rasanya nak cerita pasal minyak wangi la.. Nak cerita tentang Enchanteur.. Actually bukan minyak wangi jer ada, tapi macam macam ada kan? Paling penting, product Enchanteur ni memang dah lama wujud dekat negara kita, Dari kita zaman kecik lagi.  Product tak lapuk dek zaman orang kata. 


Baru baru ni ada keluaran terbaru. Kalau tak silap nama dia Stunning. Stunning by Enchanteur ni adalah mix Turkish Rose dan Magnolia. Bau dia macam manis manis sikit sebab diorang lebihkan lagi kemanisan daripada Blackcurrant Bud dan Rasberry. Hmm.. No wonder berebut dengan Jasmeen.. huhu. Yang ni pon not bad jugak taw bau dia. Bagi zati bau lembut dan manis. Padanla dengan tajuk entry nih, Stunning By Enchanteur Menyerlahkan Kesempurnaan. Meletop taw.. 

Macam collection yang lain juga, bukan untuk perfume sahaja tapi semua jenis ada untuk Stunning Enchanteur nih. Ada losyen, deodoran,bedak dan juga body mist. Kalau ikutkan semua nih zati pakai. Feveret Jasmeen adalah losyen. Bab losyen ni teringat dekat housemate dulu. Sebelum tidur mesti pakai losyen dulu. Yerla, nak tido dalam wangi dia kata.. hihi. So lepas ni boleh la pakai losyen yang daripada Stunning Enchanteur  pulak.


Perasan tak design perfume dia lain sikit kan? Mula mula zati dapat dulu rasa macam woooww! Cantiknya design dia. Rupanya baru zati tau yang design botol minyak wangi nih ada maksud tersendiri. Untuk penutup botol tu dia ala ala kelopak bunga. Lepas tu botol dia pulak berbentuk seperti wanita yang pakai gaun berlipat style duyung macam tu.. Lepas tu bila dah sembur minyak wangi nih, rasa macam tengah cat walk dekat fashin show gitu. Melangkah penuh dengan gaya yang cantik dan yakin.. Waahh. kemain feeling.. huhu. May be macam nih la diorang nak sampaikan maksud tu.. hihi. Terbaiklah collection Stunning by Enchanteur nih.

STUNNING ENCHANTEUR 1

Untuk harga rasanya semua orang tau yang product Enchanteur ni memang mampu milik. Contohnya untuk perfume Stunning by Enchanteur  / Enchanteur Eau De Toilette nih, harga dia RM 28.20 (50 ml).

Losyen Stunning Enchanteur pula ada pelbagai size. Harga bermula dari RM 5.40 hingga RM 17.60.

Deodoran Stunning Enchanteur  pula ada macam macam design. Ada yang format/stik, bebola dan juga spray. Harga dari RM 4.40 hingga RM 11.80.



Dekat mana nak beli? Banyak tempat boleh beli di semua rangkaian pasaraya besar dan juga farmasi. Ataupon korang boleh refer FB dan website Enchanteur.







Okay semua. Jom serlahkan aroma keanggunan mempesona daripada Stunning Enchanteur.










Resepi Mudah Ikan Masak Pindang

Assalam. Bismillah.

Dah masak ke belum tu? Ni ha nak share resepi ringkas dan mudah untuk mak mak yang super duper busy tapi nak makan sedap.. hihi. Lauk ni memang simple, kena gaya, 2 3 pinggan jugak la bertambah.

So harini nak kongsikan cara memasak lauk pindang. Zati tau lauk nih lepas kawen. Biasanya masak lauk singgang.. Menu ni dikira sihat sebab ianya boleh masak rebus sahaja.. Tapi lebih sedap sikit kalau kita tumis. Hihi. terpulang dekat selera masing masing.

Hmm.. Macam panjang je mukadimah nih.. Dah la, jom layan resepi ikan masak pindang.


Bahan bahan untuk Ikan Masak Pindang

1. Ikan kembung 2 ekor
2. Kunyit hidup 1 inci
3. Bawang merah 5 ulas/ Bawang besar 1 biji ( optional)
4. Bawang putih 2 ulas
5. Halia 1 inci
6. Cili Api 5 ulas
7. Serai 1 batang- ketuk
8. Rempah 4 sekawan
9. Asam Jawa -  1 sudu kecil


Cara Memasak Ikan Masak Pindang

Mula mula sekali korang tumbuk semua bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili api tu.. Guna lesung batu. Tak pon korang guna manual chopper.. Tu boleh jugak. senang sikit tak terpercik lada.. hihi. tapi ni masak 2 ekor je so zati suka tumbuk jer.

Then dah setel menumbuk bawang tu, panaskan minyak dan tumis sekejap rempah 4 sekawan tu. Korang amek sikit jer tau, setiap 1 rempah tu satu. Kayu manis tu kalau boleh ambil yang kecik jer sebab nanti kalau besar, bau dia kuat, Tapi kalau masak ikan tu banyak tak apa.. Korang bajet bajet la ea.. huhu.

Tumis sekejap then masukkan bawang tadi dan juga serai.. Goreng sampai garing lepas tu masukkan asam jawa. Zati masak pakai agak agak jer so sukatan sebenar asam jawa tu ikut atas citarasa masing masing. Then masukkan ikan, air dan garam gula secukup rasa.. Gula tu secuit jer..

Dah siap.. Mudah jer.. Yang pasti korang kena rasa ikut citarasa masing masing. Macam zati suka pedas dan masam sedikit..

Tapi kalau korang nak rebus boleh jugak.. Sama jer cuma beza tak menumis. Lepas tu ikan pon tak kisah. Ikan parang boleh, ikan merah boleh.. Ikut citarasa masing masing.


Syiling Dirham Merdeka Laris Di Pasaran

Assalam.  Bismillah.

Yeaayy.. tak lama lagi nak sambut merdeka dah. Zati tengok sekarang ni, ramai yang buat sales sempena hari merdeka kan? Salah satu yang zati tau adalah tentang syiling dirham.. Korang bayangkan la, dalam masa 30 minit, syiling ini sudah habis terjual.. Hmm.. Ramai peminat rupanya.. Bila zati tengok semula, baru tau kenapa cepat sangat habis. Unik kot syiling nih. Siap ada gambar bendera dan tugu negara. Bila tengok syiling nih, rasa berkobar pulak nak sambut merdeka.. hihi.


Sebenarnya syiling ni dikeluarkan oleh Nubex Sdn Bhd, diorang ni memang pengedar dan pengeluar untuk jongkong emas, perak serta logam yang bernilai di Malaysia. Sempena merdeka nih, pihak mereka mengeluarkan 3000 keping dan hanya dijual secara online di www.nubex.my

syiling nih adalah kali pertama diperkenalkan di dunia yang membolehkan kepingan syiling diceraikan kepada dua kepingan dengan setiap satu nya mengandungi 2.975 gram dan boleh dijadikan koleksi bernilai untuk pelaburan.


Menurut kata Ketua Pegawai Kreatif Nubex Sdn Bhd, Mohd Fayzi Omar,bermula pada 7 Ogos lalu. syiling edisi terhad ini dijual pada harga pasaran RM 29 ( harga ahli RM 26.00). Kiranya ini adalah hadiah istimewa sempena dengan bulan Kemerdekaan.

Tapi kalau korang berminat untuk beli syiling dinar emas dan dirham yang perak yang lain, korang boleh layari laman web www.nubex.my atau korang boleh follow facebook dan instagram @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.

Contact : 03-77299640













Bagaimana Neelofa Di Belakang Camera

Assalam. Bismillah.

Masa hujung syawal haritu dapat jemputan rumah terbuka daripada pihak Putrajaya Holding. Artis jemputan nya ada Neelofa.. Fuuhh. Memang dah pesan awal awal dekat Jasmeen suruh amek gambar dengan Neelofa nanti. hihi. Yerla sikit sikit lipstik Neelofa dia pakai, ha nih jumpe Neelofa terus.



Waktu Lofa sampai jer, Jasmeen dah teruja.. Ibu ibu, Neelofa.. Kitorang buat rilek lagi sebab masa Lofa baru sampai tu, ramai yang serbu. lagipon MC dah bagi tahu yang Neelofa akan datang di semua tempat. So, kitorang rilek cool sambil makan satay dan kambing.. hihi.

Then husband zati bagitahu yang Lofa pergi bahagian henna. Tak ramai orang so kitorang pon join la. Masa kitorang datang tu, Lofa tengah buat henna kaler putih. Sambil tu borak la dengan crew majlis. Jasmeen teruja punya pasal dia panggil la auntie Lofa. Lepas tu boleh pulak Jasmeen pegang tangan Lofa.. Amboi Jasmeen.. lebih lebih pulak.. Hohoho.. Ibu cakap la tunggu la kejap Jasmeen, Auntie Lofa tengah borak tu kan?

Tadi Jasmeen pegang tangan Lofa kan? Nak tau Lofa buat apa? Lofa pegang pipi Jasmeen dan usap tangan Jasmeen.. Aahahaha.. Untungla anak ibu nih. Nasib la yang pegang tu Jasmeen, bukannya babah.. hik hik hik. Then Jasmeen cakap, jom auntie amek gambar.. 


Inilah hasilnya.. huhu.. kejung tangan Lofa sebab inai masih baru.. hihi.. Macam sama pulak baju Lofa dengan Jasmeen nih.

Hmm.. Ada kenalan yang tanya, macam mana Lofa? Sombong tak dia? Seyesly macam mana korang stalk insta dia, macam itulah dia.. Sangat cantik.. Tak ada beza pon dalam TV ataupon di luar... Zati rasa dia sangat bagus sebab masa dia mula mula sampai tu, ada peminat yang dia kenal kot. Lofa yang hulur tangan untuk bersalam dulu.. Waahh.. Lepas tu dia layan semua peminat dia.. Memang sangat nice. Waktu press conference pon, tenang je dia jawab soalan.. hihi.

Nice to see you Neelofa.. Hope can see you again..