Resepi Pajeri Nenas

Assalam.


Bismillah.. Waktu balik kampung haritu macam macam request kat mak. Antaranya ialah pajeri nenas.. Actually saya suka pajeri terung tapi sebab en suami tak gemar sangat, dia lebih sukakan nenas. Makanya terjadi la pajeri nenas. Saya jenis suka yang pekat pekat macam nih. Kalau makan dengan nasi kuah tu masih melekat di jari.. huhu.. nyum nyum. Nak lagi sedap, letak kicap sikit.. hihi.. Tiba tiba rasa lapar pulak.



Okay. Jom terjah resepi di bawah.

Bahan Bahan A

  1. Nenas - 2 biji
  2. Santan pekat
  3. Udang
Bahan bahan B
  1. Rempah kari - 6 sudu besar
  2. Bawang merah - 5 ulas 
  3. Bawang putih - 2 ulas  
  4. Halia - 1 inci  
  5. Kunyit- 1 inci  
  6. Cili kisar - 4 sudu besar
  7. Kerisik - 1 sudu besar


Cara memasak Pajeri Nenas,

Campurkan kesemua bahan bahan B tadi di dalam satu mangkuk. Kemudian panaskan minyak dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan santan, udang dan nenas.. Santan tu saya beli kat pasar. Saya order santan pekat. Sambil masak tu boleh la kacau kacau sikit. Takut berkerak kat bawah kan. Lepas tu masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga pekat atau mengikut cita rasa anda. hihi.. 



Selamat mencuba



Post a Comment

0 Comments