Resepi Mudah Macaroni Aglio Olio

Assalam.

Bismillah.. Pepagi lagi dah pening tak tau nak masak apa kan? So bila tengok peti macam ada bahan bahan lebih buat cabonara.. Maka terjadi la resepi ini.. huhu. Resepi ni saya main campak campak jer tau.. Main agak agak jer.. Okay. Jom layan resepi.


Bahan bahan

  1. Macaroni ( rebus)
  2. Bawang putih ( cincang )
  3. Cili kering ( hiris halus)
  4. Lada hitam
  5. Butter
  6. Cendawan butang
  7. Sosej
  8. Cheese
  9. Ayam cincang
  10. Susu segar
  11. Oregano

Cara memasak

Mula mula panaskan butter kemudian tumiskan bawang putih, Goreng sehingga garing dan masukkan ayam cincang.. Ni optional tau nak masukkan daging cincang boleh, udang pon boleh. Okay, lepas dah garing tu masukkan lada hitam, cili kering, cendawan dan juga sosej .. Tumis seketika kemudian masukkan macaroni. Cili kering dan lada hitam tu terpulang la nak bubuh banyak mana. Ikut atas selera masing masing. Saya suka pedas so saya letak banyak.. Kemudian masukkan sekeping cheese dan secawan susu segar.. Masak sehingga kering. Last sekali tabur oregano kat atas.. Siap. Eh, garam jangan lupa letak pulak. Nanti tawar pulak.. hoho

Hihi.. simple tak? saya memang pakai masak jer.. Asal boleh jer orang kata.. Alhamdulillah.. Rasa sedap jer.. Susu segar saya tak ada so saya pakai susu dutch lady anak saya.. huhu.. buat secawan lepas tu letak la.. Kat dapur ni kalau tak cukup bahan, sila be creative. Guna apa yang ada =)

Post a Comment

3 Comments

  1. Hallllaa senang nyer..nak buat lah tq bagi idea!

    ReplyDelete
  2. oooo...idea yang baru ni...letak susu eh...okeh2..boleh noted n buat ni...tq

    ReplyDelete
  3. Mmg mudah.. this time try susu pulak

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)