Buffet Ramadhan 2017 : Philea Mines Beach Resort

Assalam.. Bismillah.

Alhamdulillah. Baru baru nih kami sekeluarga dapat mencuba menu berbuka puasa di Philea Mines Beach Resort. Mula mula kami tersesat pergi ke MIEC ( Mines International Exhibitionist Center). Puas memusing dekat dalam tu. Kesian dekat Jasmeen sebab dah la puasa, ikut ibu babah sesat lagi. hihi.  Rupa rupanya depan bangunan Mines Shopping Mall jer. Jangan sesat macam kitorang okay. Dari luar dah nampak sign Philea Mines Beach Resort tu. Macam mana la kitorang tak boleh perasan. hihi.
Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

So, cerita pasal Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort, menu yang disediakan memang menarik hati sebab Jasmeen asyik mintak makanan jer. Zati sampai tak larat nak kehulur kehilir nak ambil makanan. Ragam budak kecik berpuasa memang macam tu kot tapi layankan aje. 

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Memandangkan hari ini dah 18 ramadhan, rasanya masih sempat lagi kalau korang nak tempah untuk berbuka puasa di Philea Mines Beach Resort nih. Untuk pengetahuan korang jugak, ini adalah tahun pertama, pihak Philea Mines Beach Resort mengadakan buffet ramadhan. So, untuk permulaan, tahun ini Philea Mines Beach Resort membuat buffet ramadhan bertemakan Sajian Nostalgia. 
Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ni telah bermula pada 29 Mei 2017 dan 22 Jun 2017 merupakan hari yang terakhir. Bertempat di restoran Abdul & Charlie, buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ini menyediakan menu tradisi masyarakat melayu, pelbagai jenis kerabu, pencuci mulut yang menyelerakan dan juga makanan sampingan. 

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Antara menu masakan melayu yang menarik perhatian di buffet ramadhan Philea Beach Resort ialah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pedas Johor, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli, Serawa Durian, Satay, Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Kalau korang jenis yang tak makan makanan yang berat sangat, apa kata korang cuba Mee Sup, Mee Hailam, Laksa, Satay, Pisang Goreng, Cekodok, Roti John, Murtabak dan Roti Canai. Semua menu nih, pihak Philea Mines Beach Resort menyediakan dengan cara live action stall.

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Bagi penggemar makanan barat pula, buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort juga menyediakan Carbonara, Spaghetti, Grilled Beef, dan Sosej. Haritu perasan ada foreigner yang datang makan disini. So, dengan adanya menu menu ini, rasanya ia memang akan digemari oleh mereka.

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Bila dah habis makan, mesti kita nak cuba dessert dan buah buahan kan? So, antara makanan pencuci mulut yang disediakan di buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini antaranya pelbagai jenis kek, Serawa Durian, Bubur Kacang, Sagu Gula Melaka, Puding, Kuih-Muih, dan macam macam lagi.. 

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort


Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Dekat sini ada aiskrim malaysia jugak taw. Jasmeen macam tak tenteram kejap sebab tak tahu nak pilih yang mana.. hihi. Bukan setakat budak budak, orang dewasa pon suka sebab yerla, dah jarang nak jumpa aiskrim malaysia nih. Terima kasih la Philea Mines Beach Resort sebab buat kitorang menggamit memori.. hihi

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort


Bukan sahaja makanan yang menarik, Philea Mines Beach Resort ini juga sangat selesa kerana persekitaran yang cantik, surau yang berdekatan dan mempunyai parking yang luas. So, kemudahan mereka memang terbaik. Korang tak perlu risau.

Harga untuk Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ini ialah RM 75 untuk dewasa dan RM 40 untuk kanak kanak dari umur 5 sehingga 12 tahun dan juga warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Kalau korang nak buat tempahan, di bawah ini nanti zati berikan details untuk korang yer.

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Philea Mines Beach Resort

Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Email : fnb@phileahotel.com.my
Contact : 019 600 1558





Post a Comment

1 Comments

  1. rambang mata nak pilih makanan mana satu ni. silap² tak mau balik camni

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)