Resepi Udang Masak Lemak Dan Kacang

Assalam. Bismillah.

Rajin pulak hari ni nak share resepi. hihi. Ni kali pertama zati buat udang masak lemak dengan kacang panjang, Biasa nya tak letak udang jer. Rupanya sedap jugak.. ahaha.. Tengok orang jer masak, kita pon nak try jugak.

Okay la. Jom layan resepi mudah udang masak lemak bersama kacang panjang.

udang masak lemak kacang panjang

Bahan bahan

Udang- 10 ekor
Kacang panjang
Santan
Bawang Merah - 5 ulas ( Dikisar)
Kunyit - 1 inci (Dikisar)
Garam
Gula

Cara memasak

Mula mula kisarkan bawang merah dan kunyit. Kalau zati tumbuk guna lesung batu jer sebab sikit kan. Kemudian bawang ni kita campurkan sekali dengan santan, udang, kacang panjang, garam dan gula secukup rasa. Kacau dengan kerap sehingga mendidih kemudian tutup api.. Sentiasa kacau kalau nak santan tu sedap. 

Taraaa.. dah siap.. mudah ke tak? ahaha.. macam ni la zati masak.. simple jer.. tapi insyaa Allah.. sedap uols.. huhu.





Post a Comment

0 Comments