Nikmati Hidangan Lazat di Tex Cafe Texas Chicken di Suria Mall KLCC

Assalam. Bismillah.

Masa 1st time makan dekat Texas Chicken, rasa macam dah falling in love dekat fast food.. hahaha.. kemain kan? Walaupon kita tak boleh makan selalu tapi kami sekeluarga memilih Texas chicken sebagai menu utama jika nak ber cheat day. Yang paling penting, kita boleh cuba aneka jenis minuman sebab kita boleh refill air. hihi.

Untuk pengetahuan korang, dekat KLCC pon ada Texas Chicken. Dah la situ tempat tumpuan ramai. Memang meriah la Texas chicken dekat sana. Tapi yang lebih menarik, sebelah Texas chicken nih, ada Tex Cafe.


Tex Cafe nih apa pulak? Nih adik beradik dengan Texas Chicken ker? Haa.. Jawapan nya memang yer.. Kebiasaannya, kalau Texas chicken kita dihidangkan dengan ayam goreng yang lazat, burger yang menyelerakan dan pelbagai menu lain lagi.Tetapi untuk Tex Cafe pulak, ianya lebih kepada dessert atau menu sampingan tapi yang pasti menyelerakan. Antara menu yang disediakan oleh Tex Cafe ialah Honey Butter Biscuits dan juga Chocolate Chip Biscuits.. Hmm Sedap jugak nih. Biasa zati beli aiskrim strawbey lepas tu makan dengan Honey Butter Biscuits.


Bukan itu sahaja, terdapat menu lain lagi yang memang menyelerakan di Tex Cafe. Contohnya ada Strawbey Shortcakes, Chocolate Shortcakes, Chocolate Volcano, Cheesecakes, Red Velvet Muffin, Chocolate Chip Muffin dan Jalapeno Cheese Bomber. Tak lengkap rasanya menu menu ini kalau tak disediakan dengan minuman kan?


Haa.. Kalau korang berada di Tex Cafe, korang boleh mencuba menu minuman ini. Ada Hot Chocolate, Mocha, Cappucino, Americano, Flat White, Latte dan Expresso. Kalau untuk soft drink pula, ada Southern Sweet Tea, Latte dan juga Chocolate. Mohon korang jangan pening nak order menu apa nanti.. hihi.


Korang sepatutnya masa berada di Tex Cafe nih, korang perlu bangga tau. Yerla, Texas Chicken di KLCC merupakan cawangan yang ke 42. Manakala Tex Cafe merupakan cawangan pertama. Bukan di Malaysia tapi di dunia.. Sebab ia merupakan cawangan Texas Chicken yang berkonsepkan cafe yang pertama di Malaysia dan juga di dunia..Waahhh.. Hebat ke idok?


Antara menu yang Zati sempat rasa di Tex Cafe ialah Red Velvet Muffin dan juga  Chocolate Chip Muffin.. Rasanya sedap dan yang paling penting, ianya kurang manis taw. Just nice je rasa dia.. Memang terbaik la. Kawan kawan zati kata Cheese cake pon sedap jugak.. Hmm.. Nanti nak try la.


Selain menu yang menarik, kemudahan di Tex Cafe ini sangat bagus. Ruang makan yang mesra pelanggan, banyak pilihan meja dan kerusi, kemudahan wifi dan juga terdapat plug socket untuk para pengunjung.. Hmm. Semakin ramai la yang akan bersantai sambil menikmati menu di Tex Cafe di Suria Mall KLCC.




So yang mana peminat Texas Chicken, korang wajib cuba Tex  Cafe pula.. Untungla siapa yang bekerja di Suria KLCC tu, hari hari boleh pergi kot. Dah bosan makan ayam, burger semua tu, makan pula cake dan Latte.. Waahh. A good combination.



"Tahniah Texas Chicken. Its a Crunch Time"

Post a Comment

1 Comments

  1. Wah menarik ne boleh lah nak jenjalan KL singgah Tex Cafe tempat lain xde

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)