Tips Murah Rezeki

Assalam.. Bismillah.

Harini zati nak share beberapa tips untuk Allah permudahkan urusan dan rezeki melimpah luah. Kalau ikutkan mudah sahaja nak mencari rezeki, paling penting tahu macam mana nak menjemput rezeki.

So harini zati dapat beberapa tips daripda ustaz Ebit Lew. Harap dapan bantu korang semua. Yang penting kita ubah mindset kita. Nak apa apa mintak dengan Allah dulu. Okay la, tak nak cerita panjang, korang baca taw.


Zikir dan amalan untuk seluruh makhluk dilimpahkan rezeki.

1 . Zikir 

SUBHANALLAHIWABIHAMDIHI 100x
SUBHANALLAHILLAZIM 100x

Boleh baca zikir ini selepas subuh dan sebelum zuhur. Biasa zati baca 33x selepas solat sahaja. So lepas ni nak baca 100 la.. Lebih tak apa. Lagi Allah sayang kan? Bila Allah sayang rasa macam mudah jer hidup kita.


2 . Solat Dhuha. 

Disunatkan 2 rakaat tapi lebih banyak rakaat, lebih banyak kita bersyukur. Tadi sempat dengar ustaz ebit lew kata kalau 6 rakaat Allah akan makbul apa yang kita hajati.


3. Sedekah di awal pagi. 

Sebab di awal pagi malaikat akan mendoakan kita. Contohnya kita berbuat kebaikan di awal pagi, Malaikat akan berdoa. Ya Allah, kau permudahkanla urusan hamba mu ini ya allah kerana dia telah bersedekah dan memudahkan urusan orang lain.


4. Dapatkan doa daripada orang yang lemah.

Contohnya kita bantu anak yatim, orang miskin kemudian kita minta padanya supaya mendoakan kita.  Macam zati tak mintak banyak, kalau zati bantu orang yang lebih susah zati akan mintak dia mendoakan agar zati hamil anak yang kedua.

Allah tak pandang kekayaan kita
Allah tak pandang kecantikan kita
Allah tak pandang kereta besar kita
Tapi Allah pandang bagaimana hubungan kita dengan Allah.
Selain tips nih zati selalu sharing dekat FB bahawa setiap malam Al-Waqiah jangan lupa baca. Almulk pon sama. Tapi lagi afdal baca jer semua ayat al quran. Kalau fahami lagi la banyak pahala kita dapat.

Ada yang nak rezeki dia semakin banyak tak? Ada yang nak selesaikan hutang tak? Ada yang nak ahli keluarga hidup aman dengan kasih sayang? Zati suggest korang bacalah buku ini. 111 Formula Tarik Rezeki.  Korang boleh KLIK DISINI

Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan. Amiiin







Post a Comment

0 Comments