Nikmati Hidangan Berbuka Puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2018

Assalam.. Bismillah..

Salam satu ramadhan buat semua.. Alhamdulillah. Bertemu ramadhan lagi pada tahun ini. Semoga ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan kepada kita semua. Amiinnnn.


So, seperti biasa menjelang bulan ramadhan banyak buffet ramadhan disediakan. Kali ini zati nak cerita tentang buffet ramadhan di Bangi Golf Resort. Untuk buffet ramadhan 2018 kali ini, Bangi Golf Resort menyajikan 200 jenis makanan yang terdiri daripada masakan Melayu, Barat dan juga Timur. Dengan memberikan harga serendah RM 55 untuk dewasa dan RM 26 untuk kanak kanak, zati dapat merasakan bahawa ramai yang akan datang ke buffet ramadhan Bangi Golf Resort.


Korang boleh menikmati hidangan buffet ramadhan di Bangi Golf Resort bermula 19 May sehingga 13 Jun 2018. Antara menu wajib yang ada di buffet ramadhan ialah Kambing Bakar . Ini memang dinantikan oleh semua orang. Tidak lupa juga Sup Kambing Mamak yang sedap dicicah bersama roti. huhu.. Lapar pulak bila teringat menu ni semua.


Korang jangan lupa rasa Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma.. Yang ni suami zati memang wajib ambil. sedap katanya.. hihi..  Pilihan zati ketika merasa makanan di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah Nasi Ayam Hainan, Nasi Kerabu, Laksa Sarawak, Satay dan macam macam lagi.


Pelbagai pencuci mulut yang dapat dirasai di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Zati paling suka puding Triffle diorang.. Sedap ya amat. huhu.. Lepas tu jangan lupa merasai durian musang King. Tapi yang ni kena order awal sedikit.  Durian Musang King berharga RM 110 sebekas dan D24 RM 55 sebekas. Kalau nak beli boleh dapatkan disini. <<www.bgrrest.com/product/durian/.>>


Kalau korang berminat untuk menikmati juadah berbuka puasa di Buffet Ramadhan 2018 Bangi Golf Resort, korang boleh dapatkan info di bawah ini.


Bangi Golf Resort

Contact : 1700 81 8557
Alamat : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Email: Email: sales@bgrrest.com





Post a Comment

0 Comments