Resepi Mee Soto Yang Sedap dan Mudah Dengan Menggunakan Rempah Mak Siti

Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah.. Tak lama lagi kita nak sambut raya dah. Mesti sekarang tengah fikir nak masak menu apa masa hari raya kan? Macam biasa, ketupat rendang semua tu memang menu wajib hari raya kan? Yerla, makan rendang masa hari raya barulah feel.. hihi. So harini zati nak share resepi la.. Bukan resepi rendang, tetapi resepi Mee Soto yang sedap, mudah dan cepat.. Nak lagi mudah kan, korang guna Rempah Mak Siti.. Masak campak campak je.. Berduyun orang tambah nanti..


Jom layan resepi di bawah ini.

Bahan bahan untuk memasak Mee Soto Rempah Mak Siti ( hidangan untuk 8-10 orang)

1. Rempah Mak Siti Sebungkus ( besar )
2. Ayam sekor dipotong kecil
3. Mee kuning sebungkus
4. Bawang Besar- Dikisar
5. Bawang Putih 5 ulas- Dikisar
6. Halia 3 inci - Dikisar
7. 4 rempah sekawan
8. Air secukupnya

Bahan bahan sambal kicap

Cili Api- ikut kepedasan masing masing
Bawang putih- 4 ulas
Kicap
Gula
Limau Kasturi Sebiji

Bahan hiasan
1. Daun Sup/ Daun Bawang
2. Bawang goreng
3. Soo Hoon goreng
4. Kacang Tanah
5. Ayam carik

Mee Soto Rempah Mak Siti


Cara memasak  Mee Soto Rempah Mak Siti 

Mula- mula panaskan minyak masak dan masukkan  4 sekawan tadi. Goreng sehingga naik bau dan kemudiannya masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga garing.

Bila dah garing, masukkan air secukupnya, kemudian letakkan rempah mak soto sedikit demi sedikit. Kalau korang nak tahu, untuk Mee Soto Rempah Mak Siti , rempah dia pekat tau. Sebab tu korang bubuh sedikit demi sedikit. Ikut selera masing masing. Nak pekat bubuh banyak rempah, nak pekat letak lebih sikit. 

Agak agak korang dah puas hati dengan kepekatan kuah dia, korang masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan siap.. 

* Ini resepi mudah dan sedap Mee Soto Rempah Mak Siti versi zati tau. Zati masukkan ayam yang kecil sebab zati memang suka makan ayam. Ada orang dia letakkan ketulan ayam yang besar, kemudian semua isi ayam tu dicarik.. Ni versi rajin sikit.. hihi.. Terpulang la kepada korang nak follow yang mana.hihi. Tapi nak lagi simple, korang kena belajar dengan orang lelaki.. Diorang masak lagi simple. Kalau tak percaya, korang bukak resepi Mee Soto by Amir Nawawi ni.. Dia kata Resepi Mee Soto Merecik Hawau .. hahaha.. 

Untuk yang ayam carik tu, zati gorengkan bahagian dada ayam.  Garing garing baru sedap. hihi.. Lain orang lain cara taw. Terpulang kepada korang semua.

Nak lagi mudah masak  Mee Soto Rempah Mak Siti, korang layan video di bawah ini.. hihi

video

Nak tau tak, rahsia sambal kicap yang sedap? Kalau korang nak hasilkan sambal kicap yang sedap, korang kena goreng dahulu cili api dan bawang putih. Cara buat sambal kicap senang je, masukkan cili apI, bawang putih yang sudah digoreng, kicap masin, garam, limau. Kemudian kisarkan. Tapi kalau guna kicap manis, gula tak payah letak la. Kalau makan mee soto, memang wajib la sambal kicap. hihi.
***

Sebut pasal Rempah Mak Siti, minggu lepas zati terima jemputan berbuka puasa daripada pihak Rempah Mak Siti. Bertempat di Restoran Rempah Kari Mak Siti, Bandar Tun Razak, majlis ini diserikan oleh kedatangan anak anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar Bangi, Dai, artis jemputan dan juga sahabat blogger.

Rempah Mak Siti

Di majlis berbuka puasa itu jugak, Rempah Mak Siti telah melancarkan produk baru iaitu produk rempah ratus dalam bentuk botol.. Antara rempah yang ada ialah Emping Cili, Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Bila dah ada produk macam nih, ianya sangat membantu kaum ibu untuk memasak.. Harap lepas ni dapur korang semua berasap la erk..hahah.. Lagi mudah kan bila guna Rempah Mak Siti.


Nak tau tak kenapa zati suggest korang guna Rempah Mak Siti? Sebab Rempah Mak Siti ni tidak menggunakan MSG dan sebarang bahan pengawet.. Sangat bagus untuk kesihatan kita. Paling penting, semua Rempah Mak Siti ini HALAL dan telah disahkan oleh pihak JAKIM. Rempah Mak Siti ini dihasilkan oleh Nasuha Enterprise Sdn Bhd selama 42 tahun. Wahh.. dah lama rupanya keluaran Mak Siti nih.

Rempah Mak Siti

REMPAH MAK SITI

Nak tau menu lain dengan menggunakan Rempah Mak Siti? Zati belanja gambar jerla. hihi. Nanti  kalau rajin zati kongsikan resepi erk.

 Ikan Masak Kicap Rempah Mak Siti

 Kari Daging Rempah Mak Siti

Kurma Ayam Rempah Mak Siti

Ayam Goreng Serbuk Cili Mak Siti

Soto Rempah Mak Siti

Nak dapatkan Rempah Mak Siti ni mudah jer. Semua tempat ada. Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Mydin, pasaraya besar atau hypermarket. Semua ada dekat sini. Pergi la yang dekat dengan korang. Kalau nak tau detail lagi tentang Rempah Mak Siti, korang tengok detail dekat bawah ni.

Nasuha Enterprise Sdn. Bhd.
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor.

Tel : 06-9737508 / 509

Whatsapp : 017-3309330

Website : www.maksiti.com

Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti





24 comments:

  1. Ala gambar mee soto tu sangat menggiurkan. Nanti kita cuba resipi ini ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah masak rojer2 r.. kami dtg.. hihi

      Delete
  2. nampak sedap mee soto tu..boleh la try lps ni

    ReplyDelete
  3. Mesti terasa mee soto tu kan.. rempah ratus mak Siti ni mmg sedap. Lepas ni nak cuba juga buat mee soto tu lah :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kuah mee soto. apa yg pasti, sup soto ni xsama dgn sup ayam biasa kan.. raya nk cuba guna rempah mak siti lah.

    ReplyDelete
  5. perhhh sedap2. tapi saya suka mihun sup. tak kisah la janji guna rempah mak siti. memang senang sangat nak sediakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh awak suka masakan saya.. ahahaha

      Delete
  6. Berapa mangkuk jasmeen makan kalau ibu dia masak soto ni

    ReplyDelete
  7. Mee soto antara yg paling mudah disediakan..suka sgt dan biasa antara menu raya ke 2 atau ke 3

    ReplyDelete
  8. Sedapnya mee soto! bermangkuk2 boleh habes nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan.. sambal kicap wajib ade.. hihi

      Delete
  9. Nanti I datang rumah nak makan sendiri masakan lazat dari Kak Radhiah

    ReplyDelete
  10. makin mudah nak masak soto sekarang ni.

    ReplyDelete
  11. simple je bahan-bahan nak masak kuah soto ni kalau guna rempah mak siti. Boleh la try buat nanti. hehehe

    terima kasih share resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. simple jer.. yg penting rajin.. hihi

      Delete
  12. rempah soto dari mak siti ni memang sedap..akak dah pernah masak guna rempah soto mak siti sblm ni..kaww betul rasa dia

    ReplyDelete